Catatan

Kerabu Tauge Pucuk Midin

Imej
                                                                                                                                                                   Kerabu Tauge Pucuk Midin saya 😀   Memandangkan saya ialah anak kelahiran negeri jelapang padi, jadi menu kerabu adalah antara yang popular di Kedah selain pekasam. Ada pelbagai jenis kerabu antaranya kerabu perut, kerabu daun selom, kerabu buah beka, kerabu pucuk jangguih (gajus), kerabu daging mentah (ni biasa orang tua ja pandai buat sekarang) dan macam-macam lagi. Kali ni saya nak kongsikan resepi Kerabu Tauge Pucuk Midin yang saya olah sendiri. Biasanya kita guna pucuk paku, tapi memandangkan dah habis di pasar, jadi saya guna pucuk midin. Saya tak pasti apa bahasa baku untuk pucuk ni, tapi itulah yang saya baca di pasar, hehe.  Pucuk midin (gambar dari Google)                                                 Ok jom kita tengok apa yang nak digunakan dalam proses menghasilkan kerabu kali ni. Bahan-bahan: Tauge (agak-agak

Makan di Juz Waffle, Batu Pahat.

Imej
Hari ini aku dan Muhsinah sama-sama ke Bandar Batu Pahat, bertemu rakan kami Haziqah untuk mengambil “nametag” baruku yang ditempah Ziqa kat kedai berhampiran rumah dia. Ini semua sebab aku dah terhilangkan tanda nama masa hari terakhir semester yang lepas. Jadi  disebabkan nak pergi latihan mengajar dalam tempoh masa 2 hari ja lagi, terpaksalah dibuat jugaktanda nama baru dengan kadar segera. Sementara menunggu Haziqah sampai, aku dan Inah ke sebuah restoran yang terletak di dalam Square One Mall. Restoran tersebut diberi nama Juz Waffle. Restoran Juz Waffle ni betul-betul terletak di hadapan kiosk Papa Roti kat dalam Square One Mall Batu Pahat tu. Antara menu utamanya mestilah waffle kan sebab namanya pon “Juz Waffle” hehe. Tapi anda jangan risau, waffle yang disediakan sangatlah menarik dan nampak pon dah menyelerakan. Cuba korang bayangkan menikmati waffle sambil dalam dia ada ice cream perasa macam-macam. Perghh memang terbaik! Selain  Kat Juz Waffle ni jugak disediakan makan

KAEDAH PENGAJARAN LAWATAN

Imej
BAHAGIAN A 1.0 PENGENALAN AM KAEDAH MENGAJAR. Proses pengajaran dan juga pembelajaran merupakan antara elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat memahami isi yang terkandung dalam mata pelajaran yang mereka pelajari.Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) menyatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Kaedah mengajar boleh ditransformasi menjadi teknik mengajar apabila teknik yang digunakan adalah bersesuaian.Guru perlulah mengaplikasikan kaedah pengajaran yang berbeza dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.Penentuan kaedah pembelajaran bagi setiap pelajar mungkin berbeza kerana kerana setiap pelajar mempunyai perbezaan dari sudut kekuatan,kecenderungan dan juga minat.Selain itu,penggunaan kaedah yang berbeza juga mendatangkan pendekatan yang menyeronokkan dan pastinya dapat meransang minat pelajar dalam pembelajaran. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan

Kuih Kaswi Gandum (Versi gula merah)

Imej
Ni adalah kuih yg pernah saya cuba masa kat rumah sewa di Gong Badak,Kuala Terengganu.Tinggal di semah sewa dan jauh dari keluarga bila teringin nak makan kena lah buat sendiri kan...Hehe. Jadi disebabkan dah lama simpan resepi ni,hari ni saya pon cubalah.Kuih ni tak terlalu rumit,mudah ja.Tapi pastikan kena ada pengukus ya.Kalau tak ada tak dapatlah nak buat. Ok jom try... Resepi ni saya kongsikan dari blog Chef Hanieliza. Bahan Sirap   (Masak dan sejukkan)  5 cawan air   1  cawan gula merah   1 cawan gula pasir   Bahan Kuih 2 cawan tepung gandum   1/2 cawan tepung ubi/jagung   1 sudu kecil air kapur kueh [optional]   Kelapa parut (muda/putih saja)   Sedikit garam   Cara:   1. Panaskan kukusan.   2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz       loyang]   3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.   4. Masakkan sehingga masak [30 minit]   5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau plastik..