Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

Makan di Juz Waffle, Batu Pahat.

Imej
Hari ini aku dan Muhsinah sama-sama ke Bandar Batu Pahat, bertemu rakan kami Haziqah untuk mengambil “nametag” baruku yang ditempah Ziqa kat kedai berhampiran rumah dia. Ini semua sebab aku dah terhilangkan tanda nama masa hari terakhir semester yang lepas. Jadi  disebabkan nak pergi latihan mengajar dalam tempoh masa 2 hari ja lagi, terpaksalah dibuat jugaktanda nama baru dengan kadar segera. Sementara menunggu Haziqah sampai, aku dan Inah ke sebuah restoran yang terletak di dalam Square One Mall. Restoran tersebut diberi nama Juz Waffle. Restoran Juz Waffle ni betul-betul terletak di hadapan kiosk Papa Roti kat dalam Square One Mall Batu Pahat tu. Antara menu utamanya mestilah waffle kan sebab namanya pon “Juz Waffle” hehe. Tapi anda jangan risau, waffle yang disediakan sangatlah menarik dan nampak pon dah menyelerakan. Cuba korang bayangkan menikmati waffle sambil dalam dia ada ice cream perasa macam-macam. Perghh memang terbaik! Selain  Kat Juz Waffle ni jugak disediakan makan