Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

KAEDAH PENGAJARAN LAWATAN

Imej
BAHAGIAN A 1.0 PENGENALAN AM KAEDAH MENGAJAR. Proses pengajaran dan juga pembelajaran merupakan antara elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat memahami isi yang terkandung dalam mata pelajaran yang mereka pelajari.Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) menyatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Kaedah mengajar boleh ditransformasi menjadi teknik mengajar apabila teknik yang digunakan adalah bersesuaian.Guru perlulah mengaplikasikan kaedah pengajaran yang berbeza dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.Penentuan kaedah pembelajaran bagi setiap pelajar mungkin berbeza kerana kerana setiap pelajar mempunyai perbezaan dari sudut kekuatan,kecenderungan dan juga minat.Selain itu,penggunaan kaedah yang berbeza juga mendatangkan pendekatan yang menyeronokkan dan pastinya dapat meransang minat pelajar dalam pembelajaran. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan